Friday 15 July 2011

Siri Bercakap Dengan Jin Oleh Tamar Jalis



Saya percaya semua orang di Malaysia mengenali nama besar yang akan saya sebutkan disini iaitu TAMAR JALIS. Seorang penulis cerita seram yang menjadikan pengalamannya bersama datuknya sebagai penulisan yang amat menarik. Dulunya setiap kedai buku akan menjual buku- buku Siri Bercakap Dengan Jin ini, tetapi sekarang ianya telah pupus sama sekali. Amat payah untuk kita jumpa buku- buku tersebut dewasa ini. Setelah mencari- cari di yahoo saya telah berjumpa dengan sebuah blog yang mengumpul koleksi siri- siri Bercakap Dengan Jin ini. Jadi saya berasa mungkin ramai diantara kita yang meminati siri ini namun tidak tahu dimana untuk mendapatkannya. Nah...disini anda dapat kembali ke zaman muda anda dimana karya ini amat digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Wednesday 13 July 2011

Temasya Sukan SK Paya Mengkuang 2011

Temasya Sukan Sk Paya Mengkuang telah diadakan pada 28 Jun 2011 di padang SK Paya Mengkuang. Temasya sukan ini bermula pada pukul 8.00 pagi dengan acara perbarisan kontinjen rumah sukan seterusnya bacaan ikrar oleh murid. Setelah itu Guru Besar SK Paya Mengkuang diberikan penghormatan untuk memberikan ucapan seterusnya merasmikan temasya ini. Semua acara berjalan dengan lancar dan teratur. Temasya ini menemui penghujungnya pada pukul 1.00 tengahari.